Fluminense tekad kejutkan Manchester City

Fernando Diniz
Fernando Diniz
A
A
A

JUARA Copa Libertadores, Fluminense akan kekal dengan gaya serangan pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menentang Manchester City, kata pengurus Fernando Diniz.

Kelab Brazil itu membida untuk menjadi pasukan Amerika Selatan pertama memenangi kejuaraan dalam tempoh lebih sedekad, Diniz berkata, dia yakin pasukannya boleh meraih kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Liga Juara-Juara, yang disifatkannya sebagai antara pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

“Apabila anda pergi ke sana untuk bermain bola sepak, perkara pertama yang anda perlu ada ialah keyakinan yang anda boleh menang.

“Saya sentiasa masuk dengan niat untuk memenangi perlawanan.

"Fluminense akan melakukan segala yang mungkin untuk menang.

"Kami menentang pasukan terbaik di dunia, tetapi itu tidak menghalang kami daripada bermimpi dan melakukan yang terbaik.

"Apa yang kami akan lakukan adalah beri yang terbaik,” kata Diniz.

Selepas diturunkan ke divisyen ketiga Brazil pada 1998, Fluminense menjadi simbol bola sepak progresif di negara itu di bawah bimbingan jurulatih Diniz yang menggunakan taktikal menyerang.

Artikel Berkaitan:

Pengurus berusia 49 tahun itu membimbing pasukannya merangkul kejuaraan Copa Libertadores pertama bulan lalu dan malah menerima pujian tinggi daripada pesaing Pep Guardiola yang berkata bahawa gaya permainan Fluminense seperti menonton pasukan Brazil sebelum ini.

Dalam pada itu, Diniz memberi jaminan bahawa kelab yang diperkuatkan bekas bek sayap Real Madrid, Marcelo akan tampil dengan semangat berpasukan.

“Fluminense akan bermain seperti pasukan yang percaya pada nilai-nilainya dan segalanya mungkin.

“Tiada resipi untuk kami menang. Kami akan melakukan yang terbaik.

"Kami tidak akan menyimpang dari ciri kami.

“Banyak yang kami sediakan. Kami telah memerhati City untuk masa yang lama, kami telah memetakan mereka, kami mengkaji mereka.

"Mereka pasukan yang sangat lengkap, sangat terlatih.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik dengan banyak merendah diri, menjadi bijak dalam permainan dan mempunyai keberanian untuk melakukan apa yang biasa kami lakukan,” kata Diniz.