Manchester City siap sedia harungi gelora lawan tipikal Brazil

Guardiola - Foto AFP
Guardiola - Foto AFP
A
A
A

JUARA Eropah, Manchester City giat mengkaji rakaman kelab Brazil, Fluminense yang disifatkan bukan biasa-biasa dalam usaha gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab, kata pengendali City, Pep Guardiola.

“Kami cuba dalam beberapa jam selepas perlawanan (terakhir kami) untuk melihat Fluminense sebanyak mungkin, melihat pada kualiti yang dimiliki kelab Brazil ini.

“Ya, mereka mempunyai lima, enam atau tujuh pemain yang berusia lebih 30 tahun jadi bermakna Fluminense boleh mengawal emosi dengan sempurna.

“Mereka memainkan gaya tipikal Brazil dari 1970-an, 80-an dan 90-an.

"Banyak hantaran pendek, menggabungkan sangat bagus, tetapi juga menuntut secara fizikal.

"Kita harus sedar betapa mereka berlari di belakang bola, dan berdaya tahan dalam (mengendalikan) itu,” kata Guardiola.

Menurutnya, aksi ditunjukkan lawan menuntut banyak usaha daripada pihaknya dan mengakui pasukannya tidak pernah berdepan dengan permainan sedemikian.

"Mereka banyak bergerak dari sisi ke sisi, jadi kami perlu mengenakan rentak kami sendiri dan permainan penguasaan bola sebanyak mungkin,” kata Guardiola.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, City bergelut sejak kebelakangan ini hanya memenangi satu daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan mereka merosot ke tangga keempat.

Biarpun begitu, City tetap dianggap sebagai pilihan untuk menjulang trofi kelima mereka sepanjang tahun lalu.

Guardiola berkata kunci kemenangan ialah mengawal emosi dengan stabil.

“Bagaimana anda bermain perlawanan akhir Piala Dunia Kelab tanpa emosi? Emosi ada, itu cara anda mengendalikannya. Ia di sana. Ia adalah berapa lama ia kekal dalam fikiran anda. Itu sasaran besar di final,” katanya

Dalam pada itu, Guardiola menekankan kepada pemain-pemain City bahawa memenangi trofi adalah peluang sekali dalam seumur hidup.

“Pemain-pemain sudah bersedia dan tahu betapa pentingnya kejuaraan ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, alangkah seronoknya berada di sini,” kata pengendali Sepanyol itu.