Mai Singgah Alor Setar 2024: Pelbagai aktiviti, hadiah menarik di reruai Sinar Harian

Poster Sinar Harian sempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 Gambar kecil: Nik Justin Nik Mohd Ariffin
Poster Sinar Harian sempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 Gambar kecil: Nik Justin Nik Mohd Ariffin
A
A
A

SHAH ALAM - Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan di reruai Sinar Harian kepada pengunjung sempena program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 pada 23 Disember ini bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, antara acara yang disajikan kepada pengunjung adalah beberapa permainan, kuiz dan sesi perkongsian mengenai program digital di bawah syarikat tersebut.

“Pengunjung berpeluang mendapat hadiah-hadiah percuma daripada syarikat di bawah Kumpulan Karangkraf seperti buku dan lain-lain.

“Persetujuan untuk berkolaborasi dalam program ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap sokongan padu komuniti di Kedah terhadap Sinar Harian,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Poster rasmi sempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 (kiri), Tentatif program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024
Poster rasmi sempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 (kiri), Tentatif program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024

Program tersebut merupakan kolaborasi kali pertama Sinar Harian sebagai media rasmi bersama Darulaman Media Event dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan hadir sama, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin serta Datuk Bandar Alor Setar, Mohd Yusri Md Daud.

Menurut Nik Justin, ia dianjurkan sempena Tahun Melawat Alor Setar dan lebih 10 reruai lain turut disediakan kepada pengunjung yang hadir ke program tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Saya menjemput orang ramai yang berada di sekitar Alor Setar, Pulau Pinang dan penduduk untuk hadir memeriahkan program ini dan merebut peluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang akan diberikan secara percuma,” ujarnya.