Pengunjung serbu reruai Sinar Harian di Alor Setar

Reruai Sinar Harian diserbu pengunjung dan peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan akhbar Sinar Harian dan hadiah menarik.
Reruai Sinar Harian diserbu pengunjung dan peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan akhbar Sinar Harian dan hadiah menarik.
A
A
A

ALOR SETAR - Lebih 500 pengunjung menyerbu reruai Sinar Harian ketika program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar pada Sabtu.

Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sebanyak 500 naskah akhbar Sinar habis dijual dalam tempoh tidak sampai satu jam pada program bermula jam 8 pagi itu.

Beliau berkata, selain akhbar Sinar Harian, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah istimewa di reruai berkenaan.

"Kita dapati penganjuran program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 ini sememangnya amat dinanti-nantikan peserta dan rakyat Kedah khususnya penduduk Alor Setar.

Nik Justin (tengah) menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada peserta program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024.
Nik Justin (tengah) menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada peserta program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024.

"Pengunjung dan peserta yang mengikuti pelbagai aktiviti menarik di reruai itu menunjukkan keterujaan mereka mendapatkan naskah akhbar Sinar Harian,"katanya ketika ditemui pada program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Sabtu.

Kolaborasi Sinar Harian sebagai media rasmi ini julung kali diadakan bersama Darulaman Media Event dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Sebelum itu, pelepasan lebih 500 peserta Fun Walk disempurnakan oleh Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhammad Radhi Mat Din.

Nik Justin memaklumkan, pengunjung turut menzahirkan rasa teruja mendapatkan hadiah-hadiah percuma daripada syarikat di bawah Kumpulan Karangkraf antaranya buku dan barangan eksklusif lain.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung menunjukkan akhbar Sinar Harian yang menjadi tumpuan pengunjung bersempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.
Pengunjung menunjukkan akhbar Sinar Harian yang menjadi tumpuan pengunjung bersempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.

Tambahnya, persetujuan untuk berkolaborasi dengan Darulaman Media Event dan MBAS adalah sebagai tanda penghargaan serta terima kasih terhadap sokongan padu komuniti di Kedah terhadap Sinar Harian.

"Selain itu, Sinar Harian berbesar hati dengan kerjasama ini memandangkan akhbar Sinar Harian mempunyai pengikut yang ramai di utara Semenanjung khususnya Kedah.

Muhammad Radhi (dua,kiri) turut mengunjungi reruai Sinar Harian di Dataran Medan Bandar, di sini.
Muhammad Radhi (dua,kiri) turut mengunjungi reruai Sinar Harian di Dataran Medan Bandar, di sini.

"Kedah merupakan kubu Sinar Harian dan acara berbentuk kemasyarakatan ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pembaca setia dan mendekati komuniti Kedah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada kesemua penaja termasuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Karangkraf Medicare Sdn Bhd, Ayumeera dan lain-lain yang menaja pelbagai hadiah menarik bersempena acara itu.

Nik Justin berkata, Sinar Harian akan kembali ke Alor Setar untuk acara lebih besar selepas ini,malah tumpuan akan diberikan kepada Utara khususnya Kedah pada 2024.

Dalam pada itu, Setiausaha MBAS, Nasrankamil Noh berkata, program dengan tagline 'Mai Singgah Alor Setar' itu dilaksanakan untuk menarik kehadiran orang ramai ke berkunjung ke tempat-tempat menarik seperti Masjid Zahir di Alor Setar.

Muhammad Radhi (kanan) dan Nasran (tengah) bergambar bersama akhbar Sinar Harian bersempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.
Muhammad Radhi (kanan) dan Nasran (tengah) bergambar bersama akhbar Sinar Harian bersempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.

Beliau berkata, peserta fun walk itu akan menggunakan jejak pejalan kaki 'Alor Setar Heritage Trail' sejauh empat kilometer melalui 41 lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Alor Setar.

Nasran memaklumkan, MBAS memilih Sinar Harian sebagai media rasmi memandangkan akhbar itu menyajikan maklumat dan berita yang telus serta tulus.

Tambahnya lagi, akhbar terbabit juga didapati menjadi pilihan orang ramai bagi mendapatkan berita terkini, menarik dan berbentuk komuniti di Kedah.

Nasran (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Nik Justin selepas program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.
Nasran (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Nik Justin selepas program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.

Sementara itu, pengunjung, Ismaliza Ishak, 51, berkata, dia menyambut baik aktiviti menarik untuk seisi keluarga sempena cuti persekolahan yang ditawarkan di reruai Sinar Harian.

Menurutnya, dia sanggup datang dari Gurun untuk mengunjungi reruai Sinar Harian, selain membawa anaknya menyertai acara Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 itu.

Katanya, dia datang seawal jam 6.30 pagi untuk bersama-sama memeriahkan suasana sekali gus tidak melepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik yang disediakan.

Ismaliza turut menyambut baik usaha Sinar Harian berkolaborasi dalam menganjurkan program itu demi memberi penghargaan dan tanda terima kasih terhadap orang ramai khususnya penduduk Alor Setar.

Bagi peserta, Hidayah Sabri, 32, dia menyambut baik penganjuran program yang bertujuan menarik kehadiran pelancong ke tempat-tempat menarik di Alor Setar.

Menurutnya, terdapat juga aktiviti menarik termasuklah beberapa permainan, kuiz dan sesi perkongsian mengenai program digital di bawah syarikat tersebut.

Sebahagian peserta yang menyertai program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.
Sebahagian peserta yang menyertai program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.

Tambahnya lagi, program berkenaan amat bermanfaat kerana memupuk gaya hidup sihat, selain peserta dapat berkenalan dengan lebih ramai kenalan baharu.

Orang ramai menyerbu reruai Sinar Harian bersempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.
Orang ramai menyerbu reruai Sinar Harian bersempena Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 di Dataran Medan Bandar, di sini.

"Jadi saya harap lebih banyak aktiviti seumpama itu yang menawarkan aneka hadiah menarik termasuk buku diadakan pada masa-masa akan datang,"katanya.