Jom meriahkan Fun Walk Mai Singgah Alor Setar hari ini

Cuaca sedikit mendung tidak menghalang peserta hadir memeriahkan Fun Walk Mai Singgah Alor Setar.
Cuaca sedikit mendung tidak menghalang peserta hadir memeriahkan Fun Walk Mai Singgah Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Orang ramai masih berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik sempena program Fun Walk Mai Singgah Alor Setar 2024 hari ini bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Program yang berlangsung di Dataran Medan Bandar ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga sempena cuti persekolahan ini.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah percuma daripada syarikat di bawah Kumpulan Karangkraf antaranya buku dan barangan eksklusif lain.

Peserta berkumpul sebelum diberikan taklimat ringkas oleh penganjur.
Peserta berkumpul sebelum diberikan taklimat ringkas oleh penganjur.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai Sinar Harian selain lebih 10 reruai lain yang sedia menanti kunjungan anda dengan pelbagai aktiviti menarik.

Program yang dianjurkan sempena Tahun Melawat Alor Setar 2024 itu turut menawarkan aktiviti seperti beberapa permainan, kuiz dan sesi perkongsian mengenai program digital di bawah syarikat tersebut.

Sebahagian peserta yang memeriahkan Fun Walk pagi ini.
Sebahagian peserta yang memeriahkan Fun Walk pagi ini.

Kolaborasi Sinar Harian sebagai media rasmi ini julung kali diadakan bersama Darulaman Media Event dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Artikel Berkaitan:

Pelepasan peserta Fun Walk disempurnakan oleh Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhammad Radhi Mat Din. Hadir sama Setiausaha MBAS, Nasrankamil Noh.

Ucapan aluan Muhammad Radhi sebelum pelepasan peserta.
Ucapan aluan Muhammad Radhi sebelum pelepasan peserta.



Pelepasan peserta oleh Muhammad Radhi (tengah) di garisan permulaan.
Pelepasan peserta oleh Muhammad Radhi (tengah) di garisan permulaan.

Apa tunggu lagi? Lekaih, orang Kedah datanglah beramai-ramai ke Dataran Medan Bandar dan pekarangan Balai Seni untuk memeriahkan program ini.

Sambil beriadah, anda boleh bawa pulang hadiah-hadiah menarik yang akan diberikan secara percuma.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!