Masjid Ar Rahman Kerpan perlu RM80,000 bangunkan tanah perkuburan baharu

Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Kerpan meninjau kawasan tanah perkuburan baharu di kariah mereka.
Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Kerpan meninjau kawasan tanah perkuburan baharu di kariah mereka.
A
A
A

JERLUN - Masjid Ar-Rahman Kerpan masih memerlukan dana sebanyak RM80,000 lagi bagi membangunkan tanah perkuburan baharu.

Setiausaha masjid, Sabri Safie berkata, tanah perkuburan seluas kira-kira 0.287 hektar itu akan dibangunkan di tanah wakaf yang dibeli atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) pada tahun 2015.

Menurutnya, kos RM80,000 itu adalah peruntukan untuk membangunkan fasa akhir iaitu melibatkan pembinaan laluan, bangunan untuk waris dan jentera pengorek.

"Kerja-kerja menambun tanah telah bermula pada tahun 2020 kemudian terhenti seketika akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu, pihak masjid giat menjalankan amanah untuk mencari sumbangan wakaf sebanyak RM50 satu kaki persegi," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Menurutnya, ketika ini kerja-kerja menambun tanah serta pembinaan pagar kubur telah selesai dan dalam proses pembinaan fasa akhir.

"Insya-ALLAH jika sumbangan mencukupi pihak masjid juga bercadang untuk membeli jentera pengorek untuk memudahkan kerja mengorek kubur," katanya.

Jelasnya, bagi sebarang bentuk sumbangan orang ramai boleh menghubungi beliau di talian 019-464 6643.

Artikel Berkaitan: