Mama Rina AF6 mohon bantuan, tiada sumber pendapatan

Mama Rina memohon sumbangan daripada orang ramai bagi membantu meringankan beban kehidupan sehariannya ketika ini.
Mama Rina memohon sumbangan daripada orang ramai bagi membantu meringankan beban kehidupan sehariannya ketika ini.
A
A
A

BEKAS bintang Akademi Fantasia musim ke-6, Mama Rina, 60, memohon sumbangan daripada orang ramai bagi membantu meringankan beban kehidupan sehariannya ketika ini.

Mama Rina atau nama sebenarnya Hairina Abdul Halim kini menghadapi kesukaran untuk melakukan urusan harian susulan dua jari pada kaki kirinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Dia yang juga seorang ibu tunggal kini tinggal bersama salah seorang adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) di Taman Intan, Ulu Tiram di sini memberitahu terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak susulan keadaan dirinya ketika ini.

“Kisahnya, pada bulan puasa baru-baru ini ketika tengah memasak saya tertendang tong gas. Biasanya letak bawah dapur, entah macam mana masa tu kawan saya letak di tepi.

“Masa tu kaki saya pun jadi blue black (biru hitam), bengkak. Saya rendam dengan air batu nak bagi tahan sakit tapi lama-lama jadi macam bernanah pula kat dalam.

“Bila tak tahan sangat saya pun ke Hospital Sultan Ismail dan setelah beberapa hari doktor beritahu, sebahagian jari terpaksa dipotong,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Mama Rina, sebelum ini dia menyara pendapatan sebagai penyanyi jalanan (busker) di Pandan City.

Gambar kiri: Keadaan dua jari kaki kiri Mama Rina bengkak dan kehitaman. Gambar tengah: Keadaan dua jari kaki kiri Mama Rina selepas dipotong akibat penyakit diabetes.
Gambar kiri: Keadaan dua jari kaki kiri Mama Rina bengkak dan kehitaman. Gambar tengah: Keadaan dua jari kaki kiri Mama Rina selepas dipotong akibat penyakit diabetes.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu, sejak jari kaki kirinya dipotong Jun lalu, dia tidak lagi melakukan aktiviti sedemikian.

“Sebelum ini saya drive (memandu) sendiri kalau nak pergi busking tapi sekarang saya takut, sebab dua jari kaki dah tak ada. Kereta pula manual, nak tekan clutch lagi, kalau kereta auto senang.

“Kalau ikutkan hari ni (16 Disember 2023), pun saya undangan untuk busking di Aman Sari, Seri Alam, tapi tak tahu nak pergi atau tidak dan saya pun dah maklumkan keadaan saya,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akuan Maybank 1010 6760 1347 atas nama Hairina Abd Halim atau menghubunginya sendiri di talian 014-388 1694.

Untuk rekod, Mama Rina merupakan peserta paling tua AF6 pada 2008 ketika usia 45 tahun.

Bagaimanapun, dia hanya dapat bertahan sehingga minggu keenam sebelum tersingkir.