Polis mohon bantuan kesan saksi perbicaraan kes edar dadah

Shum Chee Yong
Shum Chee Yong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur memohon bantuan orang awam mengesan seorang saksi bagi satu perbicaraan kes pengedaran dadah.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, saksi tersebut dikenali sebagai Shum Chee Yong, 29.

Menurutnya, Chee Yong adalah saksi dalam membantu perbicaraan kes pengedaran dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Alamat terakhir individu itu adalah di 29 Jalan Hujan Bubuk 2 Taman Overseas Union, Brickfields.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju Inspektor Esegkial di talian 012-2335078 / 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: