‘Agama mampu menerangi kegelapan’ - Wanrazuhar

Wanrazuhar semasa mendendangkan lagu puisi bertajuk Gelap dan Terang hasil ciptaannya pada program Apresiasi Puisi Anti Rasuah pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Wanrazuhar semasa mendendangkan lagu puisi bertajuk Gelap dan Terang hasil ciptaannya pada program Apresiasi Puisi Anti Rasuah pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seruan agar masyarakat hidup berteraskan agama merupakan antara mesej yang ingin dibawa dalam puisi bertajuk Gelap dan Terang hasil ciptaan Presiden Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim.

Radzuan dengan nama pena Wanrazuhar berkata, setiap insan perlu memahami ajaran agama masing-masing supaya ‘cahaya terang’ dapat dijadikan petunjuk untuk melalui ‘kegelapan’ dalam semesta.

Wanrazuhar mendendangkan lagu puisi bertajuk Gelap dan Terang pada program Apresiasi Puisi Anti Rasuah pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Wanrazuhar mendendangkan lagu puisi bertajuk Gelap dan Terang pada program Apresiasi Puisi Anti Rasuah pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

“Ada cahaya lampu yang boleh menerangi kegelapan. Al-Quran juga dijadikan sebagai penunjuk jalan, tetapi masih ada sesetengah manusia yang masih sesat.

“Itu ujian yang diterima setiap insan. Jadi, kembalilah ke ajaran agama masing-masing supaya kita hidup dengan aman,” katanya ketika mendendangkan lagu puisi tersebut di program Apresiasi Puisi Anti Rasuah pada Khamis.

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Antara pemuisi yang hadir sama mendeklamasikan puisi di program tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad (Pejuang Banteras Rasuah); Kumpulan Deksa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (Suapan yang Tercicir); Bard Puisi (Al-Risywah) dan Canselor Kolej Universiti Inovasi, Profesor Emeritus Datuk Dr Hashim Yaacob (Rasuah Melahap Kita).

Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula Rabu menyediakan beberapa aktiviti khas lain termasuk pameran daripada pelbagai agensi seperti SME Integrity Talk, Wacana Khas, Kompas Rasuah Busters, Bicara Bina Negara (IKRAM) dan persembahan kanak-kanak tadika.

Artikel Berkaitan:

'Pejuang atau Petualang?' amaran kepada yang mempunyai kuasa

SHAH ALAM - Masyarakat perlu lebih berintegriti dalam melakukan sesuatu pekerjaan merupakan mesej utama yang ingin disampaikan dalam sajak bertajuk ‘Pejuang atau Petualang?’ hasil karya Presiden Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim.

Pemuisi, Haslinaz Hanapi yang mendeklamasikan sajak itu berkata, karya berkenaan seolah-olah memberi amaran kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tanpa melibatkan rasuah.

“Mereka yang berurusan dengan mana-mana pihak atau agensi tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri sendiri.

Haslinaz Hanapi bersama anaknya, Aryan Andika mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Pejuang atau Petualang?’ hasil karya Presiden Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim dan ‘Jika Kamu Berfikir’ nukilan Dr Azam Ahmad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

“Tanpa kita sedar, sajak ini juga menceritakan tentang mereka yang pernah terlibat dalam kegiatan yang tidak sepatutnya (rasuah),” katanya semasa program Apresiasi Puisi Anti Rasuah pada Khamis.

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Antara pemuisi yang hadir sama mendeklamasikan puisi di program tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad (Pejuang Banteras Rasuah); Kumpulan Deksa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (Suapan yang Tercicir); Bard Puisi (Al-Risywah) dan Canselor Kolej Universiti Inovasi, Datuk Profesor Emeritus Hashim Yaacob (Rasuah Melahap Kita).

Haslinaz Hanapi bersama anaknya, Aryan Andika mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Pejuang atau Petualang?’ hasil karya Presiden Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim dan ‘Jika Kamu Berfikir’ nukilan Dr Azam Ahmad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Haslinaz Hanapi bersama anaknya, Aryan Andika mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Pejuang atau Petualang?’ hasil karya Presiden Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim dan ‘Jika Kamu Berfikir’ nukilan Dr Azam Ahmad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Dalam pada itu, anak keduanya, Aryan Andika, 10, turut mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Jika Kamu Berfikir’ nukilan Dr Azam Ahmad yang membawa mesej untuk orang ramai muhasabah diri daripada kesalahan lalu.

Jelasnya, sajak itu disampaikan untuk mengajak rakyat lebih berhati-hati dan mengingati langkah atau kerja yang dilakukan agar tidak terjerumus dengan kegiatan yang tidak elok.

“Maksud yang tersirat dalam baris-baris sajak ini merupakan teguran untuk kita (rakyat) sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti seharian,” ujarnya.