HARA Rasuah Busters: 'Sudah-sudahlah rasuah'

HARA Rasuah Busters tampilkan slot Kompas Khas #RasuahBusters bertajuk 'Sudah-sudahlah rasuah' malam esok.
HARA Rasuah Busters tampilkan slot Kompas Khas #RasuahBusters bertajuk 'Sudah-sudahlah rasuah' malam esok.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters merupakan permulaan usaha daripada rakyat kepada rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, pengisian program sepanjang dua hari bertujuan memupuk kesedaran berimpak tinggi menerusi pembudayaan integriti, tatakelola dan kesedaran untuk membentuk jaringan antirasuah.

No Image Caption

Nurhayati mengalukan-alukan orang ramai hadir pada hari kedua program itu esok untuk menyaksikan slot Kompas Khas #RasuahBusters yang bertajuk Sudah-sudahlah rasuah oleh tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub pada sebelah malam.

Katanya, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada pelajar tadika dan deklamasi puisi oleh pemuisi terkenal antaranya Datuk Dr Radzuan Ibrahim serta Siso Kopratasa pada petang hari sama.

Nurhayati
Nurhayati

"Kita juga bawakan panel yang sudah berpengalaman untuk dua slot program bual bicara bagi mendedahkan bagaimana jenayah ini mampu merosakkan ‘sistem’ sedia ada,” katanya semasa program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023, di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Beliau berkata, platform tersebut juga boleh membentuk jaringan untuk rakyat berganding bahu dalam usaha menyelamatkan generasi, keluarga serta negara daripada terjerumus ke lembah kebinasaan akibat rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Kita kena bergerak ke depan, jika tak bentukkan penamat di sini kita akan menghadapi masalah yang besar pada masa akan datang,” ujarnya.