Sasaran PAAB tanam 1,000 pokok bakau tahun ini tercapai

Sukarelawan yang menyertai program CSR aktiviti penanaman bakau dan pembersihan pantai di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri.
Sukarelawan yang menyertai program CSR aktiviti penanaman bakau dan pembersihan pantai di Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terus komited terhadap pemuliharaan alam sekitar dengan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat penanaman pokok bakau dan pembersihan pantai di Kampung Sungai Melayu di sini pada Rabu.

Acara itu menghimpunkan lebih 150 sukarelawan PAAB, Ranhill SAJ, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Ibrahim Sultan serta penduduk kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir Zulkiflee Omar berkata, sasaran menanam 1,000 pokok bakau tahun ini telah dicapai menerusi program pembersihan pantai dan bakau yang dijalankan.

Zulkiflee menulis jumlah sampah yang berjaya dikutip oleh sukarelawan di kawasan hutan paya bakau di Kampung Sungai Melayu Iskandar Puteri pada Rabu.
Zulkiflee menulis jumlah sampah yang berjaya dikutip oleh sukarelawan di kawasan hutan paya bakau di Kampung Sungai Melayu Iskandar Puteri pada Rabu.

"Lebih membanggakan lagi, sebanyak 661 kilogram sampah dan sisa pepejal berjaya dikutip oleh para sukarelawan yang membersihkan kawasan hutan paya bakau di Kampung Sungai Melayu.

"Dalam program sama juga, sebanyak 1,000 pokok bakau ditanam iaitu 300 pokok bakau di Nibong Tebang, Pulau Pinang; Tanjung Karang di Selangor (300) dan Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri, di Johor (400)," katanya di Kampung Sungai Melayu pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Menurut Zulkiflee lagi, program CSR anjuran PAAB telah beralih kepada aktiviti dan inisiatif yang berteraskan kelestarian alam sekitar serta membudayakan alam hijau sejak empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sukarelawan mengutip sampah di kawasan perairan dekat Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri.
Sukarelawan mengutip sampah di kawasan perairan dekat Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri.

"Program 'Sustainability School' merupakan program CSR yang dilaksanakan di sembilan sekolah menengah dan rendah terpilih. Pihak PAAB juga akan membuat penggantian aset air yang usang dan beri pendedahan kepentingan serta penjimatan air menerusi ceramah. Penggantian ini akan dibuat secara berterusan bergantung kepada keperluan.

"Selain itu, kami juga menjadikan beberapa buah masjid sebagai Masjid Hijau. Ini adalah kerjasama antara PAAB dan Malaysian Green Teknologi Corporation (MGTC).

"Menerusi Masjid Hijau, penjimatan tenaga dilaksanakan dengan penggantian lampu mentol kepada LED, pili air biasa kepada pili cekap air yang membolehkan penjimatan air dapat dilaksanakan," katanya.

Zulkiflee memberitahu, program di Kampung Sungai Melayu lebih istimewa kerana ia merupakan acara CSR penutup buat PAAB bagi tahun ini.

Sampah yang berjaya dikutip sukarelawan.
Sampah yang berjaya dikutip sukarelawan.

"PAAB komited untuk meneruskan insiatif yang dijalankan pada tahun depan. Alhamdulilah kami mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak termasuk operator air serta agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Justeru, marilah kita bersama-sama menjadi sukarelawan untuk memulihara alam sekitar, habitat dan ekosistem semula jadi," katanya.