Virus polio dikesan dalam sampel alam sekitar di Pakistan

Virus polio telah dikesan dalam sampel alam sekitar dari lima daerah di Pakistan. - Foto 123RF
Virus polio telah dikesan dalam sampel alam sekitar dari lima daerah di Pakistan. - Foto 123RF
A
A
A

ISLAMABAD - Virus polio telah dikesan dalam sampel alam sekitar dari lima daerah di Pakistan, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Perkhidmatan Kesihatan, Peraturan dan Koordinasi negara itu.

Virus itu dikesan dalam tiga sampel dari dua daerah di barat daya wilayah Balochistan, dua dari barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan satu sampel dari bandar pelabuhan di selatan Karachi, menurut kenyataan kementerian itu pada Rabu.

Kementerian itu berkata, sistem pengawasan program polionya sangat berkesan dalam usaha negara itu untuk membasmi penyakit berkenaan.

Berdasarkan pengesanan baharu itu, strategi bersepadu telah dirangka untuk kawasan berisiko tinggi polio.

Tahun ini, Pakistan melaporkan enam kes polio.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pakistan adalah satu daripada dua negara di dunia yang masih berlaku kes polio selain negara jirannya Afghanistan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!