Penjawat awam Sarawak terima BKK dua bulan gaji, Persekutuan RM600

Abang Johari Tun Openg ketika persidangan hari terakhir Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, pada Rabu. - Foto Bernama
Abang Johari Tun Openg ketika persidangan hari terakhir Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Rabu mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM600 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun ini dan bantuan akan dibayar awal tahun depan.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu, beliau berkata, bantuan khas itu akan dibayar kepada kira-kira 28,000 penjawat awam negeri dan 130,000 penjawat awam persekutuan di Sarawak.

Beliau berkata, pembayaran bantuan khas itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam di Sarawak dalam melaksanakan mandat dan menggalas tanggungjawab mereka dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.

"Sebab itulah pendapatan negeri kita semakin bertambah kerana perkhidmatan awam bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!