JAS Kedah siasat punca sisa klinikal bertaburan di Lebuhraya PLUS

Antara kandungan yang ditemui termasuk picagari, jarum-jarum terpakai dan kit ujian terpakai.
Antara kandungan yang ditemui termasuk picagari, jarum-jarum terpakai dan kit ujian terpakai.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca penemuan sisa klinikal yang bertaburan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Gurun ke Sungai Petani, pada 9 Disember lalu.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, antara kandungan yang ditemui termasuk picagari, jarum dan kit ujian terpakai serta beberapa lagi buangan sisa klinikal.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat satu tong sisa klinikal dengan kandungannya bertaburan di Kilometer 92.9 lebuh raya berkenaan.

Tong sisa klinikal yang turut ditemui dekat Kilometer 92.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun ke Sungai Petani.
Tong sisa klinikal yang turut ditemui dekat Kilometer 92.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Gurun ke Sungai Petani.

“Pembersihan kemudiannya telah dibuat oleh kakitangan PLUS dan sisa klinikal bahan buangan tersebut telah dihantar ke stor Buangan Terjadual di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk diangkut dan dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS,"katanya.

Menurut beliau, buangan tersebut merupakan sisa terjadual bawah Kod SW 404 yang pengurusannya dikawal di bawah Peraturan Kualiti Alam (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Hanya kenderaan pengangkut yang berdaftar dengan JAS dibenarkan mengangkut buangan berkenaan.

"Pelupusan juga hanya dibenarkan di premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja,"katanya.

Artikel Berkaitan:


Kesemua bahan buangan telah dibersihkan oleh kakitangan PLUS sebelum diserahkan kepada pihak JAS.
Kesemua bahan buangan telah dibersihkan oleh kakitangan PLUS sebelum diserahkan kepada pihak JAS.

Bagaimanapun, jelas beliau, punca kejadian masih dalam siasatan.

Justeru, beliau menasihati pengendali dan pengangkut agar berhati-hati selain mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sisa klinikal yang tidak terawat mengandungi pelbagai patogen yang boleh tersebar dan membahayakan kesihatan.


Sisa klinikal telah dibersihkan dan diserahkan kepada JAS untuk tindakan lanjut.
Sisa klinikal telah dibersihkan dan diserahkan kepada JAS untuk tindakan lanjut.

“Sekiranya ternampak sisa klinikal, orang awam dinasihatkan tidak menghampirinya dan melaporkan kepada JAS dengan segera,” katanya.