Pelajar SRITI bawa nama Pahang ke UNRC 2023

Muhammad Azimuddin (kiri) dan Akeef Daniel
Muhammad Azimuddin (kiri) dan Akeef Daniel
A
A
A

BENTONG - Dua pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Husna, Pekan terpilih beraksi dalam Pertandingan Robattle Antarabangsa UniKL (UNRC) 2023.

Pada pertandingan yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur - Institut Perancis Malaysia itu, SRITI mempertaruhkan bakat dua murid, Muhammad Azimuddin Muhammad Zuhairi, 10, dan Akeef Daniel Adi Asraf, 11.

Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, pertandingan itu berobjektif mengasah bakat murid dalam bidang robotik terutama proses pengkodan komputer bagi mempersiap dan mengoptimumkan kebolehan mereka selari dengan era teknologi digital masa kini.

Menurutnya, satu kebanggaan bagi warga institusi pendidikan di bawah Pas yang dikelola Jabatan SRITI apabila dua pelajar SRITI Al Husna berjaya sampai ke tahap itu.

Muhammad Azimuddin (kiri) dan Akeef Daniel membawa nama Pahang ke Pertandingan Robattle Antarabangsa UniKL (UNRC) 2023.
Muhammad Azimuddin (kiri) dan Akeef Daniel membawa nama Pahang ke Pertandingan Robattle Antarabangsa UniKL (UNRC) 2023.

"Ini membuktikan suasana dan modul pembelajaran di SRITI juga berjaya melahirkan pelajar berdaya saing, kreatif dan inovatif.

"Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam membentuk dan mendidik pelajar ini, moga terus istiqamah," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Zarimi berkata, Muhammad Azimuddin dan Akeef Daniel ditemani guru pengiring, Nurshuhada Mohamad sepanjang tiga hari pertandingan yang berlangsung bermula 10 hingga 12 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

SRITI merupakan pusat pendidikan peringkat rendah menawarkan pendidikan bersepadu berteraskan Islam menggabungkan empat kurikulum utama iaitu pra tahfiz, akademik, kelas agama dan fardu ain (Kafa) serta kurikulum asas fardu ain dan fardu kifayah (Kaffah).