Dua pelajar siswazah USIM warga Palestin maut angkara bedilan rejim Zionis

Mohammed J H Alzaanin dan isteri serta empat daripada lima anak mereka terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon, kira-kira jam 8 pagi.
Mohammed J H Alzaanin dan isteri serta empat daripada lima anak mereka terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon, kira-kira jam 8 pagi.
A
A
A

NILAI - Dua pelajar siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan suami isteri warga Palestin meninggal dunia akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin pada Ahad lalu.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataannya berkata, Mohammed J H Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M H Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon, kira-kira jam 8 pagi.

"USIM melahirkan rasa dukacita di atas pemergian dua orang pelajar siswazah dan lebih 20 orang ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza pada pagi Ahad lalu.

"Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H M Mahariq," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, turut terkorban adalah empat orang anak mereka dan hanya seorang dilaporkan terselamat.

Katanya, Mohammed J H Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: