Calon SPM kena hadir kelas tambahan sebagai pecutan terakhir

Muhammad Nasir (tengah), Rohana (enam dari kiri), Hashim (enam dari kanan) dan barisan pentadbir serta guru-guru bersama wakil pelajar tingkatan lima SMK Seksyen 19 semasa majlis graduasi di Hotel De Palma, di Shah Alam pada Sabtu.

A
A
A

SHAH ALAM - Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 meminta calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk hadir ke kelas tambahan sebagai pecutan terakhir persediaan menghadapi peperiksaan tersebut.

Pengetuanya, Rohana Jaafar berkata, tenaga pengajar turut mengorbankan masa untuk melaksanakan tuisyen hampir setiap hari termasuk pada hujung minggu.

Pengetua SMK Seksyen 19, Rohana Jaafar menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah di Hotel De Palma, di sini pada Sabtu.

“Kebiasaannya, kami (guru) akan beri latihan tubi soalan-soalan SPM negeri lain dari tahun yang berbeza. Alhamdulillah, pelajar memberi komitmen sepenuhnya.

“Kami juga mengambil berat tentang kesihatan dan masalah pelajar supaya tidak mengganggu fokus di dalam kelas,” katanya selepas majlis graduasi tingkatan lima di Hotel De Palma, di sini pada Sabtu.

Barisan pentadbir dan guru-guru SMK Seksyen 19.
Barisan pentadbir dan guru-guru SMK Seksyen 19.

Majlis berkenaan dirasmikan Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan hadir sama Hashim Anang sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Rohana, seramai 428 pelajar tingkatan lima sekolah itu termasuk calon menumpang bakal menduduki peperiksaan SPM pada 30 Januari 2024 sehingga bulan Mac tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, pelajar perlu melihat majlis graduasi tersebut sebagai permulaan untuk meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

Muhammad Nasir bersama Rohana sebelum berarak masuk ke dewan semasa majlis graduasi tingkatan lima sekolah itu.
Muhammad Nasir bersama Rohana sebelum berarak masuk ke dewan semasa majlis graduasi tingkatan lima sekolah itu.

“Saya harap ini bukan hari istimewa yang terakhir, tetapi menjadi titik permulaan kepada semua pelajar untuk teruskan belajar sehingga menara gading.

“Kesempatan ini, saya ingin mencabar semua pelajar supaya dapat membuktikan keputusan terbaik yang dijangka keluar pada Mei 2024 dan tunjukkan kepada ibu bapa, guru-guru serta saya sekali gus boleh menaikan imej sekolah kita,” ujarnya.

Majlis graduasi pelajar tingkatan lima SMK Seksyen 19 di Hotel De Palma, di Shah Alam pada Sabtu.
Majlis graduasi pelajar tingkatan lima SMK Seksyen 19 di Hotel De Palma, di Shah Alam pada Sabtu.

Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, calon SPM masih di usia muda, maka perjalanan untuk mencapai kegemilangan akademik terbentang luas.

“Ada beberapa minggu lagi yang berbaki, saya harap agar anak-anak dapat memanfaatkannya untuk mengulang kaji pelajaran dengan sebaiknya.

“Bagi memperoleh keputusan cemerlang, usaha dan pengorbanan secara holistik perlu dilakukan,” ujarnya.