SMK Shah Alam cipta sejarah, dua kejuaraan dalam satu kejohanan

Jawatankuasa penganjur kejohanan bersama pemain SMK Shah Alam meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 selepas majlis penyampaian hadiah di Stadium MBPJ pada Isnin. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Jawatankuasa penganjur kejohanan bersama pemain SMK Shah Alam meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 selepas majlis penyampaian hadiah di Stadium MBPJ pada Isnin. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KEJAYAAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam merangkul kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 tahun (B-15) 2023 disifatkan pencapaian membanggakan selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2022.

Malah, pengendali skuad B-15, Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi juga menyifatkan kejayaan itu sebagai pelengkap musim cemerlang pasukan tersebut dalam kejuaraan kategori berkenaan tahun ini.

“Alhamdulillah, pemain-pemain berjaya menjalankan tugas seperti yang dirancang oleh barisan jurulatih untuk mendapatkan jaringan awal bagi memudahkan kami mengawal permainan.

“Ini juga pencapaian yang membanggakan buat barisan jurulatih dan warga SMK Shah Alam apabila berjaya cipta sejarah tersendiri dengan memenangi dua kejuaraan dalam satu kejohanan.

“Saya sekali lagi berterima kasih kepada pengetua SMK Shah Alam, Rasul Maideen Haja Maideen, Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), Norliza Sahib serta ibu bapa pemain atas sokongan kewangan dan moral sehingga pasukan kita mencapai kejayaan yang membanggakan pada 2023,” katanya.

No Image Caption

Dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Isnin, tiga gol daripada Vincenzo Oliveo D'Dozzel Donny (m-3), Muhamad Danish Harith Muhd Zakri (m-11) dan Hafiz Hakim Noorfaezal (m-48) membolehkan SMK Shah Alam menewaskan SMK Meru, 3-0.

Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan kali kedua buat skuad SMK Shah Alam di kejohanan B-15 selepas kali pertama melakukannya pada edisi 2022 selepas menewaskan SMK Dato’ Harun, 3-2 dalam perlawanan akhir.

Artikel Berkaitan:

SMK Shah Alam menyingkap cabaran Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 yang mendapat penajaan Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan merangkul trofi Piala Sumbangsih selepas menewaskan SMK Dato’ Harun, 1-0 di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, Shah Alam, November lalu.

Selaku juara SMK Shah Alam membawa pulang RM8,000 manakala SMK Meru naib juara menerima RM6,000, SMK Darul Ehsan ketiga (RM4,000) diikuti SMK Sultan Abdul Samad (RM2,000).

Kejohanan dikendalikan jawatankuasa khas dipengerusikan Datuk Emran Kadir mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Selangor, PNSB sebagai penaja utama manakala Sinar Harian adalah akhbar rasmi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!