Kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh

Anggota Unit Forensik PDRM tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, bagi meneruskan siasatan pada Sabtu. - Foto Bernama
Anggota Unit Forensik PDRM tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, bagi meneruskan siasatan pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kes kematian kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh berdasarkan proses bedah siasat dilakukan ke atas mangsa pada Khamis.

Beliau berkata, proses bedah siasat dimulakan jam 11 pagi Khamis dan selesai jam 4.30 petang di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, dekat sini.

"Kes ini telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan dan didapati bersalah, ia boleh membawa hukuman mati," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Fakhrudin berkata, pihaknya kita giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terlibat.

Untuk itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu.

Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Mohd Fakhrudin )
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Mohd Fakhrudin )

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, sekiranya didapati bersalah melakukan penyebaran maklumat palsu, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD), Deputi Superintenden Muhammad Yusof Ahmad di talian 013-9760019, atau Pegawai Penyiasat Kanan Polis, Asisten Superintenden Mohd Hafizee Ismail (013-3587571) dan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin (017-5316415)," ujarnya.