Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan

Polis masih mencari saksi orang awam yang boleh memberikan keterangan berhubung kes kematian Zayn Rayyan.
Polis masih mencari saksi orang awam yang boleh memberikan keterangan berhubung kes kematian Zayn Rayyan.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis masih mencari saksi orang awam yang boleh memberikan keterangan berhubung kes kematian kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Polis juga turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu untuk mencari bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid ketika ditemui di lokasi kejadian, pada Jumaat.

"Kita (Polis) sentiasa akan menjalankan siasatan di kawasan ini untuk mendapatkan lagi maklumat berkaitan dengan kes dan untuk membantu mengesan suspek yang terlibat.

"Kita juga akan mencari dan mengesahkan sebarang bukti bagi membantu siasatan.

"Semuanya masih dalam siasatan... saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi," ujarnya.

Mohd Fakhrudin berkata, pihaknya juga sedang mengesan saksi dan orang awam untuk membantu siasatan.

"Kita memang perlukan maklumat daripada masyarakat untuk menyelesaikan kes ini," katanya. - Awani

Artikel Berkaitan: