'Tukar kerajaan melalui pilihan raya, bukan Langkah Sheraton'

Mohamad semasa merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di Bachok pada Jumaat.
Mohamad semasa merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di Bachok pada Jumaat.
A
A
A

BACHOK - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan tindakan menukar kerajaan hanya boleh dilakukan melalui pilihan raya dan bukan sebagai mana Langkah Sheraton pada Februari 2020 lalu.

Menurut beliau, jika perkara tersebut terus berlaku ia boleh memberikan kesan tidak baik kepada negara termasuklah pegawai kerajaan.

Kepimpinan wanita Amanah yang hadir pada Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di Bachok pada Jumaat.
Kepimpinan wanita Amanah yang hadir pada Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di Bachok pada Jumaat.

"Langkah Sheraton merupakan malapetaka politik Malaysia. Kalau hendak tukar kerajaan, berkempenlah mulai sekarang untuk menang pilihan raya," ujarnya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Mohamad berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan pihak pembangkang yang terus memainkan isu menukar kerajaan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru setahun berlalu.

Mohamad (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kepimpinan yang hadir.
Mohamad (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kepimpinan yang hadir.

Beliau yakin Kerajaan Perpaduan yang dibentuk menerusi kerjasama Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan terus kekal sehingga PRU16 nanti.

Sementara itu Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad turut senada dengan Mohamad.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pertukaran kerajaan menggunakan cara 'khianat' akan merugikan negara sekali gus menjadikan politik tidak stabil.