[VIDEO] 'Kabinet bincang isu doa laknat' - Mohamad Sabu

A
A
A

BACHOK - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan Jemaah Menteri turut membincangkan isu doa laknat ke atas satu-satu pihak seperti yang dilakukan oleh pihak tertentu sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, perbincangan itu menunjukkan kerajaan mengambil serius perkara tersebut.

Mohamad semasa menyampaikan ucapan perasmian di Konvensyen Amanah Negeri Kelantan yang diadakan di Bachok pada Jumaat.
Mohamad semasa menyampaikan ucapan perasmian di Konvensyen Amanah Negeri Kelantan yang diadakan di Bachok pada Jumaat.

"Kita bincang supaya pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) aktif tangani isu ini.

"Soal cara undang-undang dan tidakan yang diambil itu kita serah kepada KDN dan JPM (Jabatan Perdana Menteri)," katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di sini pada Jumaat.

Mohamad (dua dari kanan) bersama barisan pemimpinan yang hadir.
Mohamad (dua dari kanan) bersama barisan pemimpinan yang hadir.

Menurut beliau, doa melaknat satu puak itu kini sudah menular ketika ini dan boleh memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat.

Ujarnya, parti lama beliau dahulu tidak pernah memberikan teguran apabila doa tersebut dilakukan ke atas satu-satu pihak sebagaimana yang berlaku pada Muktamar ke-14 di Batu Pahat, Johor.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, Amanah mengambil serius doa laknat dan sama sekali tidak akan memberi restu berkait perkara tersebut.

Sebahagian daripada ahli Amanah yang hadir pada Konvensyen Amanah Negeri Kelantan.
Sebahagian daripada ahli Amanah yang hadir pada Konvensyen Amanah Negeri Kelantan.