Pahang sasar peningkatan hak milik tanah satu juta

Wan Rosdy pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan Pahang 2024 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini pada Jumaat.
Wan Rosdy pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan Pahang 2024 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyasarkan peningkatan hak milik tanah negeri sekurang-kurangnya satu juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini sebanyak 742,387 hak milik tanah negeri sudah diberikan kepada pemohon.

Menurutnya, bagi memastikan rakyat di Pahang memiliki tanah, kerajaan telah melaksanakan inisiatif menerusi Skim Tanah Rakyat (STR) pemberian Suratan Hak Milik kepada peneroka Felda.

"Semenjak saya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada Mei 2018 sehinggalah ke hari ini, sebanyak 69,451 penerima hak milik telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan negeri.

"Pecahan pemilik tanah di daerah di Pahang iaitu Pekan sebanyak 3,311, Kuantan (14,006) Raub ( 2,323), Bentong ( 2,743), Cameron Highlands pula sebanyak 168 dan Jerantut (5,225).

"Bagi daerah Maran sebanyak 4,018 hak milik tanah, Rompin (4,985), Bera ( 1,352) manakala Temerloh (8,511) dan sebanyak 4,994 pula di Lipis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan Pahang 2024 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Wan Rosdy memaklumkan, sebanyak RM258.753 juta berjaya dikutip Kerajaan Pahang melalui inisiatif penganjuran Karnival Tanah Pahang di 11 daerah, bermula Julai sehingga Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, karnival itu mampu mendidik pemilik tanah untuk lebih bertanggungjawab

menunaikan kewajipan masing-masing dengan membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

"Insya-ALLAH melihat kepada keberkesanannya, Karnival Tanah Pahang akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.

"Diharapkan dengan adanya inisiatif dan program yang telah direalisasikan, rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, bagi tahun 2024, kerajaan Pahang menyasarkan untuk menyiapkan rumah mampu milik berjumlah 4,342 unit melibatkan semua

program perumahan.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan meneruskan lebih banyak lagi perancangan

perumahan yang bakal ditawarkan, seperti projek Rumah Mesra Pahang, Rumah Penjawat Awam Pahang dan Rumah Pahangku.

"Perancangan ini sudah pasti akan memberi kepentingan terhadap rakyat yang kurang berkemampuan.

"Pada masa yang sama menitikberatkan aspek lokasi, kemudahan setempat dan kepentingan sosial dalam membantu menyediakan kediaman jangka masa panjang," katanya.