Sektor pelancongan Malaysia dijangka lepasi paras prapandemik pada 2024

Para pelancong dari luar negara menikmati keindahan bangunan bersejarah yang dibina semasa penjajahan British di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. - Foto Fail Bernama
Padang Kota Lama merupakan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Pulau Pinang, Wong Hong Wai berkata, jumlah pelancong bagi separuh pertama tahun ini ialah seramai 1.68 juta pelancong manakala bagi separuh pertama tahun lalu sebanyak 705,670 pelancong.
‘Pengumuman membuka pintu sempadan kepada pelancong antarabangsa bermula 1 April tahun lalu telah memberi impak yang positif kepada sektor pelancongan,’ katanya dalam sidang Dewan Udangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.
-fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Para pelancong dari luar negara menikmati keindahan bangunan bersejarah yang dibina semasa penjajahan British di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. - Foto Fail Bernama Padang Kota Lama merupakan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Pulau Pinang, Wong Hong Wai berkata, jumlah pelancong bagi separuh pertama tahun ini ialah seramai 1.68 juta pelancong manakala bagi separuh pertama tahun lalu sebanyak 705,670 pelancong. ‘Pengumuman membuka pintu sempadan kepada pelancong antarabangsa bermula 1 April tahun lalu telah memberi impak yang positif kepada sektor pelancongan,’ katanya dalam sidang Dewan Udangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini. -fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prestasi industri pelancongan Malaysia bagi segmen pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dan tahun mendatang dijangka melepasi pencapaian prapandemik Covid-19, dipacu oleh usaha pemasaran dan promosi pemain industri tempatan, kata Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof.

Beliau berkata, ia juga susulan isyarat positif daripada ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia tahun ini.

"Setakat enam bulan pertama 2023, kita (Malaysia) menerima ketibaan 9.16 juta pelancong antarabangsa dan hingga September atau suku ketiga tahun ini kita merekodkan 14.4 juta ketibaan pelancong antarabangsa.

"Sekarang kami menyemak semula angka itu kepada 19.1 juta bagi keseluruhan 2023,” kata beliau dalam ucapannya di Fokus Stratum Bursa-Hong Leong Investment Bank (HLIB) Siri Ke-16 di sini pada Rabu.

Musa berkata, dengan ketibaan 9.16 juta pada setengah tahun pertama 2023, ia meletakkan Malaysia di tempat kedua di belakang Thailand, jika dibandingkan antara pesaing-pesaing di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, ketibaan 10 pelancong teratas ke Malaysia untuk pra dan pasca pandemik kebanyakannya kekal dikuasai negara tetangga ASEAN, diikuti China, India dan Korea Selatan.

Musa juga berkata, sebuah laporan daripada Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWTO) menyatakan ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia dan Pasifik mencecah 61 peratus antara Januari dan Julai tahun ini.

"Ia adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan seluruh rantau ini berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang perlahan oleh beberapa negara,” katanya.

Sementara itu Musa berkata, dalam 2024 industri pelancongan Malaysia akan menumpukan kepada pelancong dari Vietnam dan Indonesia berikutan pertumbuhan pasaran mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: