Penguat kuasa PBT Perak guna kamera badan tahun hadapan

Sandrea (dua dari kanan) pada sidang media, Khamis.
Sandrea (dua dari kanan) pada sidang media, Khamis.
A
A
A

IPOH - Perak akan melaksanakan pemasangan kamera badan kepada penguat kuasa di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun hadapan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng berkata, pelaksanaan melibatkan 15 PBT itu bagi meningkatkan imej serta ketelusan anggota penguat kuasa dalam menjalankan operasi.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu sudah berada di peringkat akhir termasuk ketetapan peruntukan bagi pembelian alat peranti sama ada melalui bajet negeri atau Pusat.

"Sekarang banyak teknologi kamera badan di pasaran dalam lingkungan mampu milik, jadi dari segi peruntukan itu tidak ada masalah.

"Saya percaya ini dapat diselesaikan dalam tempoh suku pertama tahun depan," katanya dalam sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, penggunaan kamera badan itu akan dimasukkan sebagai prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi operasi yang melibatkan kepentingan awam seperti penangkapan haiwan liar, lawatan semakan lesen perniagaan dan pemantauan sampah haram.

"Sebelum ini kita lihat Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan dan PBT di negeri lain telah mengaplikasi penggunaan kamera badan ini.

"Terbukti ini kaedah yang dapat membantu mengelak sebarang kontroversi dan satu cara mengumpul bukti bagi tindakan penguatkuasaan," katanya.

Artikel Berkaitan: