Israel ganggu imam Masjid Al-Aqsa: OIC dituntut bertindak

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dituntut agar segera bertindak menekan Israel supaya berhenti menceroboh dan mengganggu imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Ekrima Sobri.

Desakan itu dibuat empat pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam terdiri daripada Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahan Al Asqa, Datuk Seri Syekh Ahmad Awang; Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Datuk Syekh Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Sekretariat Palestin Malaysia, Syed Syekh Al Attas.

Menerusi satu kenyataan, kumpulan itu berkata, OIC perlu bertindak tegas untuk membebaskan masjid tersebut sebagaimana tujuan asal penubuhannya pada 1969.

"Tindakan Israel menyerbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Ekrima dan melarang beliau melakukan perjalanan adalah tindakan biadab dan mencabar umat Islam. Kami mengecam keras tindakan Israel yang semakin ganas dan menyasar pemimpin Palestin.

"Syekh Ekrima adalah pendakwah tegar Masjid Al Aqsa. Tindakan Israel melarang beliau memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan adalah pelanggaran hak asasi manusia.

"Kebebasan beramal agama sendiri dan melarang memasuki rumah suci agama sendiri adalah penafian hak manusia. Israel kini melakukan kegiatan terrorist untuk menghalang pemimpin Palestin membela kesucian Masjid Al Aqsa," katanya pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, ejen perisikan Israel menyerbu kediaman Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin.

Beliau berkata, pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu lagi, umat Islam perlu bangkit mengecam Israel dan menuntut kebebasan pemimpin Islam berkenaan untuk beribadat di masjid tersebut.