MBSJ rangkul dua anugerah MIP

Datuk Bandar MBSJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim (tiga dari kiri) bersama kakitangan MBSJ pada majlis pengiktirafan MIP di Petaling Jaya.
Datuk Bandar MBSJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim (tiga dari kiri) bersama kakitangan MBSJ pada majlis pengiktirafan MIP di Petaling Jaya.
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerima dua pengiktirafan Malaysian Institute of Planners (MIP) sempena MyPlace Award 2023 dalam satu majlis di Petaling Jaya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima Anugerah Nilam bagi kategori Facebook MBSJ dan menerusi projek Taman Rekreasi Hutan Bandar dan Taska MBSJ.

Menurutnya, projek itu merupakan usaha kolaboratif dan komitmen MBSJ dalam memperkasakan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam kesejahteraan komuniti bandar raya dan kelestarian persekitaran.

"Melalui pengiktirafan ini, MBSJ akan sentiasa komited dalam memastikan kelestarian Bandaraya Subang Jaya berada pada tahap yang cemerlang selaras dengan Pelan Strategik MBSJ 2020 - 2025 di bawah Teras Pembangunan Mampan," kata kenyataan itu pada Isnin.

MyPlace Awards 2023 anjuran MIP diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan pihak berkaitan dalam usaha menambah baik kawasan awam yang memberi dampak positif kepada komuniti.

Artikel Berkaitan: