Siak lepas gian dalam masjid

Siak masjid ‘lalok’ di dalam masjid awal pagi tadi. - Foto ihsan AADK Kuantan.
Siak masjid ‘lalok’ di dalam masjid awal pagi tadi. - Foto ihsan AADK Kuantan.
A
A
A

KUANTAN – Masjid merupakan tempat beridah, namun ia dicemari dengan menjadikan tempat itu sebagai pusat penagihan dadah.

Itu antara kegiatan sulit yang dilakukan oleh siak masjid bersama empat rakannya bagi melepaskan gian mereka.

Ketua Unit Operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Zulkipli Muhammad berkata, Siak yang berusia 58 tahun antara ditahan dalam operasi yang diadakan awal pagi tadi.

“Kita penangkapan di buat siak dan rakannya dalam keadaan ‘lalok’ dipercayai baru selesai melepaskan gian bersama empat rakannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Siak masjid berusia 58 tahun ditahan dalam operasi awal pagi tadi. - Foto ihsan AADK Kuantan
Siak masjid berusia 58 tahun ditahan dalam operasi awal pagi tadi. - Foto ihsan AADK Kuantan

Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada pihak pengurusan masjid yang bimbang tempat ibadat itu dijadikan sarang penagihan dadah.

“Jadi, awal pagi tadi kita adakan operasi khas dan berjaya menahan15 individu termasuk siak masjid dan rakannya yang di dapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan.

“Semua mereka berusia 30 hingga 58 tahun dibawa ke Ibu Pejabat AADK Kuantan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Zulkipli berkata,operasi itu melibatkan 11 pegawai dan anggota di sekitar Kuantan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.