Johor berjaya kurangkan 54 peratus miskin tegar dalam 6 bulan

Seramai 3,099 ketua isi rumah (KIR) daripada 5,746 KIR yang tergolong dalam golongan miskin tegar di Johor berjaya dikurangkan dalam tempoh masa enam bulan.
Seramai 3,099 ketua isi rumah (KIR) daripada 5,746 KIR yang tergolong dalam golongan miskin tegar di Johor berjaya dikurangkan dalam tempoh masa enam bulan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 3,099 ketua isi rumah (KIR) daripada 5,746 KIR yang tergolong dalam golongan miskin tegar di Johor berjaya dikurangkan dalam tempoh masa enam bulan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengurangan KIR golongan miskin tegar sebanyak 54 peratus itu dilaksanakan menerusi satu task force pemutihan data yang digerakkan kerajaan negeri.

Menurutnya, usaha pemutihan itu juga mendapat kerjasama dan bantuan daripada pegawai daerah, ketua jabatan, penghulu, ketua kampung dan agensi yang terlibat dalam melakukan bancian di lapangan.

"Mereka ini bergerak dari kampung ke kampung dan dari rumah ke rumah.

"Ini adalah satu lagi bukti kejayaan pendekatan luar kotak yang digunakan bagi mencapai objektif yang dihasratkan.

"Melalui pengalaman melaksanakan pemutihan data ini, kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan akan melaksanakan subsidi bersasar dengan tepat dan adil.

"Saya risau mereka yang berhak tidak mendapat bantuan dan mereka yang tidak layak pula yang mendapat bantuan.

"Suka saya ingatkan bahawa setiap keluarga miskin tegar ini akan dijadikan keluarga angkat oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini pada Ahad.

Dalam masa sama, Onn Hafiz menyatakan hasrat agar semua penduduk di negeri ini memperoleh purata pendapatan isi rumah bulanan berjumlah RM13,000 menjelang tahun 2030.

Beliau berkata, ia merupakan antara indikator utama bahawa misi menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tempoh itu telah berhasil.

"Antara indikator lain bahawa Johor telah menjadi sebuah negeri maju termasuklah purata pertumbuhan negeri sebanyak 7 peratus setahun bagi untuk mencapai nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM260 bilion menjelang tahun 2030.

"Selain itu, ia termasuklah kadar pengangguran kekal bawah tiga peratus juga sifar miskin tegar.

"Sekiranya hasrat tersebut dapat dicapai, Johor akan menjadi sebuah negeri dengan kelengkapan termoden dan keseimbangan kehidupan antara sosial dan ekonomi," katanya.