SMK Taman Desa Skudai juara Liga Piala Remaja KPM B-17

Skuad SMK Taman Desa Skudai meraikan kejayaan muncul juara Liga Piala Remaja KPM B-17 pada Sabtu.
Skuad SMK Taman Desa Skudai meraikan kejayaan muncul juara Liga Piala Remaja KPM B-17 pada Sabtu.
A
A
A

SKUAD Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Skudai, muncul juara Liga Piala Remaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah-17 2023 apabila menewaskan SMK Syed Hassan Kangar, Perlis 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada malam Sabtu.

Kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka jaringan.

Bagaimanapun skuad SMK Syed Hassan dilihat lebih banyak menguasai perlawanan menerusi beberapa asakan berbahaya ke gawang tuan rumah.

Namun asakan tersebut gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan tuan rumah.

Hasil satu serangan balas, penyerang SMK Taman Desa Skudai, Abid Safaraz Rozaidi menggamatkan stadium apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-31.

Bagaikan mendapat semangat baharu, skuad SMK Taman Desa Skudai dilihat semakin hebat mengasak bagi menambah jaringan.

Namun segala percubaan yang dilakukan gagal membuahkan hasil termasuk percubaan pemain, Azri Haikal Chairil Asyraf pada masa kecederaan terkena tiang gol.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan dilihat buntu untuk menembusi benteng pertahanan lawan masing-masing untuk kedudukan 1-0 memihak kepada SMK Taman Desa Skudai, kekal hingga ke wisel penamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!