PRK Kemaman: Parti bertanding gagal angkat tema anak muda

Ahmad Samsuri (kiri) daripada Pas dan Raja Mohamed Affandi
daripada BN bergambar setelah diumumkan bertanding bagi
kerusi Parlimen Kemaman pada Sabtu. Gambar kecil: Hisomuddin
Ahmad Samsuri (kiri) daripada Pas dan Raja Mohamed Affandi daripada BN bergambar setelah diumumkan bertanding bagi kerusi Parlimen Kemaman pada Sabtu. Gambar kecil: Hisomuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pas dilihat gagal mengangkat tema anak muda dengan baik sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketika parti politik khususnya daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan golongan muda.

Menurutnya, keadaan itu dikhuatiri menjejaskan sokongan anak muda terhadap mana-mana parti yang bertanding bagi pilihan raya umum akan datang.

"Tiada tawaran anak muda yang diketengahkan sedangkan mereka menerima keuntungan daripada anak muda.

"Saya khuatir sekiranya kedua-dua parti ini tidak menangani segmen ini dengan baik, sedangkan PN dan Pas menerima sokongan anak muda.

"Dalam empat tahun ke depan sekiranya tidak ada gambaran langsung berhubung tawaran anak muda yang ditawarkan parti-parti ini, saya bimbang kelompok ini akan hilang harapan kepada parti-parti yang bertanding," katanya menerusi Program Sinar Live bertajuk 'Kemaman Milik Siapa' disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Sabtu.

Program Sinar Live bertajuk 'Kemaman Milik Siapa' disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Sabtu.
Program Sinar Live bertajuk 'Kemaman Milik Siapa' disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Sabtu.

Program dikendalikan oleh Haizir Othman itu turut menampilkan Pensyarah Kanan Sains Politik UPM, Dr Nur Ayuni Mohd Isa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hisomuddin berkata, sepanjang kempen PRK Kemaman juga, BN dilihat gagal memberi impak besar yang mampu menggugat atau sekurang-kurangnya meningkatkan majoriti calon yang bertanding walaupun mahu mencabar status quo bagi kawasan itu.

Katanya, kempen melibatkan gabungan parti Kerajaan Perpaduan juga dilihat tidak diuruskan dengan baik menyebabkan tiada unsur kerjasama dalam PRK tersebut.

"Dalam keadaan suhu yang sejuk, kempen juga sejuk, pengundi pun tak keluar ceramah... dalam konteks ini ia mewujudkan silent majoriti yang besar iaitu kelompok majoriti senyap yang gagal dibaca oleh jentera.

"Kalau jentera hanya melihat kempen yang dihadiri oleh jentera ketika menteri-menteri atau perdana menteri turun, bagi saya itu masih lagi gagal mengukur satu jumlah (sokongan) yang besar.

"Ini adalah isyarat besar yang patut Kerajaan Perpaduan muhasabah untuk mereka lihat bahawa strategi mereka tampil untuk sebagai kerajaan bagi satu tahun ini gagal menambah hati segmen Melayu di Kemaman," katanya.