Sultan Johor terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UTHM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofea Sultan Idris Shah pada majlis konvokesyen berkenaan. - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofea Sultan Idris Shah pada majlis konvokesyen berkenaan. - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

BATU PAHAT – Sultan Johor, Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal oleh Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), di sini, pada Sabtu.

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah tersebut disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor yang merupakan Canselor UTHM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada sidang khas hari pertama Istiadat Konvokesyen Ke-23 UTHM di Dewan Sultan Ibrahim, Kampus UTHM, Batu Pahat.

Sultan Ibrahim menerima anugerah berkenaan sebagai menghargai sumbangan dan kecemerlangan baginda dalam kepemimpinan lestari kepada UTHM, Bangsa Johor dan negara.

Turut berangkat, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Untuk rekod, Sultan Johor merupakan Canselor UTHM sejak tahun 2002 hingga 2022, sebelum Tunku Mahkota Johor dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM yang baharu pada 3 Disember tahun lalu, sementara Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UTHM yang baharu pada tahun sama.

Selama hampir 20 tahun baginda sebagai Canselor UTHM, Sultan Johor meletakkan nama universiti di persada antarabangsa melalui sokongan kewangan dan kerjasama bersama institusi pendidikan serta industri antarabangsa.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyempurnakan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal oleh Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada Sabtu. - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor dengan menonjolkan minat dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi kejuruteraan mekanikal.

Artikel Berkaitan:

Pada Ulang Tahun Ke-25 UTHM, baginda memberikan sumbangan besar kepada universiti berkenaan dengan menyokong pengembangan program inovatif antaranya Aeronautik termasuk mengurniakan pesawat ‘Lake Renegade LA-270’ untuk kegunaan program berkenaan.