Ahli PKR Batu Pahat meninggal dunia sebelum sempat ke kongres parti

Samsani meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 2.30 petang akibat serangan jantung.
Samsani meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 2.30 petang akibat serangan jantung.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Putrajaya pada Ahad sebelum sempat hadir ke Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Putrajaya.

Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Batu Pahat, Muhd Aisamuddin Ismail berkata, Samsani, 48, dari Parit Gantung di sini yang merupakan pemerhati dan wakil cabang berkenaan untuk Kongres PKR pada mulanya merasa sakit dada pada jam 8 pagi.

"Kami sedang bersiap-siap dan mahu bertolak ke kongres berkenaan sebelum arwah mengadu sakit dan berehat di homestay tempat kami menginap sehingga jam 11 pagi. Dia kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya lalu diberikan bantuan pernafasan (CPR), namun meninggal dunia pada jam 2.30 petang.

"Malam tadi arwah sempat hadir makan malam bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri. Samsani yang masih belum berkahwin sebelum ini ada memberitahu tentang sakit jantungnya kepada saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Muhd Aisamuddin berkata, arwah adalah seorang baik dan pemergiannya disifatkan rakan-rakan seperjuangan sebagai satu kehilangan besar terutama PKR di sini.

Sementara itu, belas Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan berkata, beliau bergegas dari kongres tersebut ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui pekabaran duka tersebut.

"Al Fatihah Untuk saudara Samsani Ahmad ...Dah takda lagi gurauan dari dia...Allahu .... Sedih dan berduka," tulisnya dalam Facebook milik beliau pada Ahad.

Artikel Berkaitan: