YBR terima anugerah tertinggi CSR

Ewon Benedick (dua dari kiri) menyerahkan Anugerah Kategori Khas kepada YBR yang diwakili Benedict Lasimbang sambil diperhatikan Syaiful Rizal pada majlis tersebut.
Ewon Benedick (dua dari kiri) menyerahkan Anugerah Kategori Khas kepada YBR yang diwakili Benedict Lasimbang sambil diperhatikan Syaiful Rizal pada majlis tersebut.
A
A
A

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award 2023 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.

Pengiktirafan tersebut diterima atas kemampanan inisiatif meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendidikan dan program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

---

Benedict Lasimbang (tengah) bersama pengurusan YBR di Majlis Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023 yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Benedict Lasimbang (tengah) bersama pengurusan YBR di Majlis Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023 yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, anugerah itu merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun dan diharap menjadi penanda aras untuk terus membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

“Pengiktirafan ini dapat meningkatkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kredibiliti YBR secara domestik.

“Kami akan sentiasa menggandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan:

Ujar Benedict Lasimbang, di sepanjang tahun 2022 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat.

“Penghormatan yang diterima ini merupakan impak positif di atas penglibatan dan komitmen YBR yang cakna kepada mereka yang kurang bernasib baik serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan prestasi sedia ada.

“YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!