Israel tidak akan perbaharui visa pegawai tertinggi PBB di Palestin

Orang ramai memeriksa bangunan yang musnah semasa serangan udara Israel di bandar selatan Genting Gaza, Khan Younis pada Jumaat. - Foto Xinhua
Orang ramai memeriksa bangunan yang musnah semasa serangan udara Israel di bandar selatan Genting Gaza, Khan Younis pada Jumaat. - Foto Xinhua
A
A
A

ISRAEL memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka tidak akan memperbaharui visa untuk pegawai tertinggi bantuan kemanusiaan PBB berkunjung ke Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Menurut jurucakap PBB di Palestin, Lynn Hastings, beliau telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Israel berkenaan perkara itu pada Jumaat.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Israel bahawa mereka tidak akan memperbaharui visa pegawai PBB di Palestin melepasi tarikh tamat tempoh pada akhir bulan ini," kata Stephane Dujarric kepada pemberita.

Hal ini sekali gus mengundang persoalan adakah terdapat wakil PBB yang baharu di Palestin untuk menyelaraskan bantuan kemanusian daripada PBB.

Ia susulan Israel menuduh PBB bersikap berat sebelah terhadap konflik dan lebih mengutamakan Palestin berbanding mereka.

Pada penghujung Oktober lalu, Kementerian Luar Israel menuduh Hastings gagal untuk bersikap saksama dan objektif, namun perkara itu dinafikan oleh PBB.

Hastings turut dikecam oleh puak pro-Israel di media sosial sehingga menyebabkan keselamatan dirinya terancam.

Sejak serangan 7 Oktober, Israel telah menumpukan serangan balas terhadap Hamas di Gaza, mengebomnya dari udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat.

Artikel Berkaitan:

Lebih 15,000 orang awam Palestin disahkan terbunuh, kira-kira 40 peratus daripada mereka di bawah umur 18 tahun dan ramai lagi yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan. - Awani/Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!