Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB

Seorang lelaki berjalan di bangunan yang musnah akibat diserang tentera rejim Zionis Israel di Kota Gaza. - Foto AP
Seorang lelaki berjalan di bangunan yang musnah akibat diserang tentera rejim Zionis Israel di Kota Gaza. - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sifatkan Semenanjung Gaza kini di ambang bencana kemanusiaan.

Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Jelas Guterres, rundingan kini giat dijalankan untuk melanjutkan gencatan senjata dan PBB juga mahu jeda kemanusiaan yang sebenar.

"Penduduk Gaza kini di ambang bencana kemanusiaan di hadapan mata dunia. Kita tidak boleh berpaling.

"Rundingan intensif kini berlangsung untuk melanjutkan gencatan senjata, langkah yang sangat kami alu-alukan. Tetapi kami percaya, kami memerlukan satu jeda kemanusiaan yang sebenar," katanya.

Tambahnya, konflik Palestin-Israel yang berpanjangan telah menyebabkan kehilangan nyawa dan bencana kemanusiaan.

Potensi konflik merebak ke rantau Asia Barat kini juga semakin meningkat.

Sehubungan itu Guterres menekankan keperluan menguatkuasakan gencatan senjata kekal. - Awani

Artikel Berkaitan: