Dekorasi, aktiviti menarik di Suria KLCC sempena Krismas

Andrew (lima dari kiri) bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Ab Ghapar (tiga dari kanan) yang melancarkan Gingerbread Christmas Village pada Selasa.
Andrew (lima dari kiri) bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Ab Ghapar (tiga dari kanan) yang melancarkan Gingerbread Christmas Village pada Selasa.
A
A
A

MEGAH berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka, Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan Hari Krismas menerusi dekorasi dan aktiviti menarik di ‘Gingerbread Christmas Village’.

Berinspirasikan tradisi membuat biskut ‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’, tema itu mewarnai Suria KLCC mulai 24 November lalu sehingga 1 Januari depan.

Pengunjung akan melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di pekarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan mempesonakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan dan pengunjung juga berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad.

Katanya, poskad Krismas itu akan dilengkapi setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian pin Suria KLCC yang kutipannya akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

"Suria KLCC turut mendermakan RM3,000 kepada Yayasan Dignity for Children yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu katanya, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik tertinggi di Malaysia yang dilengkapi perhiasan bertemakan ‘Gingerbread’ di Esplanade KLCC.

Katanya, untuk keriangan berganda, pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC bernilai RM100.

Artikel Berkaitan:

“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukanlah hanya dengan membeli-belah tetapi ia adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan dan semangat kekeluargaan pada setiap saat," katanya.

Kemeriahan sambutan Krismas akan turut dirasai di Alamanda Putrajaya bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024 dan Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terengganu bermula 1 sehingga 31 Disember 2023.