Nabila Razali rasa lebih dihormati selepas bergelar isteri, suami sokong kerjaya

Nabila akui rasa semakin dihormati selepas bergelar isteri dua minggu lalu.
Nabila akui rasa semakin dihormati selepas bergelar isteri dua minggu lalu.
A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular, Nabila Razali mengakui rasa semakin dihormati selepas bergelar isteri dua minggu lalu.

Jelas pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali itu, sebelum ini, dia sering disapa-sapa dengan panggilan ‘Cumi-Cumi’ (merujuk kepada lirik Pematah Hati) oleh peminat lelaki, tetapi kini tidak lagi.

“Selalunya mereka akan panggilan saya dengan panggilan ‘Cumi-Cumi’ beserta isyarat tangan (mini love), tetapi kini bila bertemu mereka panggilan Nabila atau hanya angkat tangan sahaja.

“Rasa lebih dihormati apabila ditegur begitu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung jenama Nada di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada masa sama, wanita berusia 31 tahun itu secara berseloroh mengakui masih janggal apabila dipanggil dengan gelaran Puan beberapa hari selepas bergelar isteri.

Katanya, kejadian itu berlaku sewaktu dia membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang baru-baru ini.

“Ada orang panggil saya Puan Nabila, saya berasa terkejut dan tanya dia kenapa panggil puan, panggil cik lah. Kemudian individu itu menjawab: ‘Awak baru berkahwin kan?’

Artikel Berkaitan:

Nabila dan Nik Iruwan berkahwin pada 18 November lalu dalam acara tertutup di sebuah resort di Pahang.
Nabila dan Nik Iruwan berkahwin pada 18 November lalu dalam acara tertutup di sebuah resort di Pahang.

“Barulah saya tersedar bahawa kini sudah beralih status sebagai isteri orang,” katanya yang mengakui masih menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang isteri.

Dalam pada itu, ditebak perancangan kerjayanya selepas ini, bintang Luruhnya Bunga Cinta itu memberitahu akan meneruskan kerja baik sebagai pelakon atau penyanyi seperti biasa.

Malah Nabila bersyukur apabila suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 38, tidak menghalang untuk terus aktif selepas berkahwin.

“Saya tidak ada masalah untuk buat persembahan luar dari Kuala Lumpur dan suami juga faham bagaimana saya bekerja.

“Cuma saya akan menjaga batas dalam bekerja, tidak seperti sebelum ini,” katanya.

Tambah Nabila, Nik Iruwan juga menggalakkannya mengambil kelas vokal bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

“Suami pesan kalau nak buat, buat betul-betul. Ambil kelas vokal, daripada itu saya tahu dia menyokong kerjaya saya,” jelasnya.

Sekadar info, Nabila dan Nik Iruwan berkahwin pada 18 November lalu dalam acara tertutup di sebuah resort di Pahang.