Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri

Majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat. -Instagram @bcltiko
Majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat. -Instagram @bcltiko
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di resort mewah Amankila Resort, Bali pada petang Sabtu.

Menerusi video dan gambar dari majlis pernikahan yang dimuat naik di akaun Instagram peminat, @bcltiko, dapat dilihat beberapa selebriti Indonesia turut hadir, antaranya Luna Maya dan Maia Estianty.

Malah adik ipar BCL, Aishah Sinclair juga dilihat dalam salah satu foto yang dimuat naik.

Difahamkan, majlis pernikahan pelantun lagu Wanita Terbahagia itu hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.

BCL dan Tiko mula digosipkan bercinta selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu.

BCL bergelar ibu tunggal selepas suaminya Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!