EMTOP tawar potongan harga 50 peratus

Jualan Mega Hujung Tahun EMTOP menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus melibatkan 100 alat perkakas.
Jualan Mega Hujung Tahun EMTOP menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus melibatkan 100 alat perkakas.
A
A
A

JENAMA alat perkakas terkemuka antarabangsa, EMTOP menganjurkan Jualan Mega Hujung Tahun dengan menawarkan diskaun 50 peratus melibatkan 100 alat perkakas terpilih bermula 20 November hingga 31 Disember depan.

Ketua Pemasaran Kumpulan D.I.Y., Alex Goh berkata, pelanggan berpeluang membuat pelbagai pilihan perkakasan, termasuk item yang diberi diskaun seperti alatan kuasa, aksesori alatan kuasa, kelengkapan kuasa, alatan udara, alatan taman, alatan tangan, alatan pengukur dan pam air.

“Perkembangan budaya buat sendiri atau do-it-yourself (DIY) telah membawa kepada peningkatan permintaan terhadap perkakasan, peralatan, serta gajet.

“Pemberian diskaun separuh harga ke atas lebih daripada 100 produk alat perkakas, Jualan Mega Hujung Tahun EMTOP menawarkan penjimatan yang lebih besar dan tidak boleh dilepaskan.

“Apa yang penting ialah kami ingin memastikan semua orang dapat memanfaatkan peluang ini untuk DIY,” jelas kenyataan itu.

Alex berkata, sempena program itu, alatan kuasa seperti pengisar sudut dijual pada harga RM120 dan gerudi impak dijual pada harga RM245 setiap satu.

EMTOP ialah jenama antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia, disukai oleh peminat DIY dan para profesional dalam industri pembinaan.

Diyakini di 80 negara di seluruh dunia, EMTOP menghasilkan pelbagai jenis produk alat perkakas yang terkenal kerana kualiti dan daya tahannya.

Artikel Berkaitan:

Rangkaian alat perkakasnya merangkumi lebih daripada 1,000 produk termasuk alatan kuasa, aksesori alatan kuasa, dan alatan sumber kuasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!