Scammer guna wajah YDP MDSB minta duit RM3,000

MDSB memuat naik status dan tangkapan paparan skrin berhubung penipuan menggunakan gambar Mohd Faizul meminta wang di laman Facebook rasmi MDSB.
MDSB memuat naik status dan tangkapan paparan skrin berhubung penipuan menggunakan gambar Mohd Faizul meminta wang di laman Facebook rasmi MDSB.
A
A
A

SABAK BERNAM - Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mohd Faizul Fitri Muslil menjadi mangsa 'scammer' apabila gambarnya digunakan dalam kiriman WhatsApp pihak tidak bertanggungjawab untuk meminta wang.

Mohd Faizul berkata, kejadian berlaku pada jam 10. 48 malam tadi selepas beliau menerima kiriman WhatsApp daripada salah seorang Ahli Majlis MDSB.

Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan terdapat nombor telefon tidak dikenali menggunakan gambarnya dengan tujuan penipuan.

"Saya memaklumkan kepada Ahli Majlis MDSB tersebut bahawa menggunakan satu nombor telefon sahaja dan tidak mengetahui nombor yang menggunakan gambar saya bagi tujuan meminta wang," katanya.

Beliau berkata, Ahli Majlis MDSB terbabit kemudiannya menghantar kiriman tangkapan paparan skrin yang antara lain meminta wang sebanyak RM3, 000 untuk diserahkan kepada penama lain.

“Mujurlah Ahli Majlis MDSB terus maklumkan kepada saya untuk kepastian.

"Saya dimaklumkan seorang lagi Ahli Majlis MDSB telah membuat pindahan wang sebanyak RM3, 000 kepada suspek yang sama," katanya.

Katanya, gambar itu dipercayai diambil pihak tidak bertanggungjawab di laman web MDSB bagi tujuan penipuan.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sabak Bernam pada jam 12.03 tengah malam tadi.

"Saya menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan kiriman WhatsApp menggunakan gambar saya yang meminta melakukan pemindahan wang," katanya.