Rina sokong elaun menteri, ahli politik dipotong

Rina
Rina
A
A
A

SEPANG - Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyokong cadangan supaya kerajaan memotong elaun ahli politik dan menteri.

Beliau berkata, elaun menteri tersebut memang telah dipotong sejak tahun lepas malah ada dibangkitkan sekiranya untuk mengembalikan semula, namun keputusan dibuat supaya elaun itu terus dipotong.

Rina berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang baru-baru ini meminta elaun ahli politik dan menteri dipotong susulan kontroversi melibatkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dalam kalangan penjawat awam terutama doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Selangor di sini hari ini.

Kenyataan Rina itu juga senada dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berpendapat tiada masalah untuk elaun menteri dan ahli politik dipotong bagi menyokong usaha kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan lebih berhemah.

Rina yang juga anggota Parlimen Titiwangsa berkata, elaun BIPK itu tidak melibatkan penjawat awam di kementeriannya. - Bernama

Artikel Berkaitan: