[VIDEO] Kes bunuh: 3 lelaki termasuk doktor diarah bela diri, seorang dibebaskan

A
A
A

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat memerintahkan tiga daripada empat lelaki termasuk seorang doktor membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.

Hakim, Datuk Azizul Azmi Adnan membuat keputusan tersebut terhadap Dr Dharma Danny Ferns, 36; P Vengadesvaran, 35, dan R S Sathya Deepan, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan atas dasar melangkaui keraguan munasabah.

“Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh dipanggil untuk membela diri. Berkenaan dengan elemen mens rea, saya dapati elemen termaktub Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan telah dibuktikan pihak pendakwaan.

Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, empat tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, empat tahun lalu.

“Liabiliti kesemua tertuduh dibentukkan kerana niat bersama mereka menurut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang dibuktikan secara inferens daripada keterangan mengikut keadaan,” katanya.

Seorang lagi tertuduh, bekas peniaga kantin kilang, Mohd Hafiz Abdul Kadir, 37, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama membunuh A Angu, 30-an di kawasan kandang lembu berhampiran Taman Dawn di sini, antara jam 9 malam sehingga 10.30 malam pada 16 Mac 2019.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat memerintahkan tiga daripada empat lelaki termasuk seorang doktor membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.
Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat memerintahkan tiga daripada empat lelaki termasuk seorang doktor membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Seramai 29 saksi dipanggil sepanjang perbicaraan bermula pada akhir 2019.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun dan Alauddin Baharom manakala Vengadesvaran diwakili peguam Jaya Prakasah Rao, Sathya Deepan dan Mohd Hafiz pula diwakili Paul Krishnan Raja dan Amy Chong dan Dr Dharma diwakili Selvam Shanmurgam.

Mohd Hafiz dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mohd Hafiz dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Hakim kemudiannya menetapkan pada 8 hingga 12 Januari 2024 tahun depan sebagai tarikh perbicaraan.