'Dong Zong hanya minta maruah sebagai rakyat Malaysia'

Dr Mohd Tajuddin ketika berucap pada Kongres Jawi Kebangsaan hari ini.
Dr Mohd Tajuddin ketika berucap pada Kongres Jawi Kebangsaan hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak meminta peruntukan, jawatan tetapi hanya meminta maruah mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mengambil contoh Kongres Maruah Melayu sebelum ini, kolumnis sosial, Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi mendakwa banyak permintaan termasuk peruntukan disuarakan dalam program tersebut.

Begitupun permintaan sebegitu tidak pula disuarakan Dong Zong yang membantah pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular.

“Kongres Maruah Melayu menuduh macam-macam, minta macam-macam. Dia minta belajar itu, belajar ini. Dia minta jawatan itu, jawatan ini, peruntukan itu, peruntukan ini, semua untuk satu kaum sahaja.

“Saya nak tanya anda, ada tak Dong Zong dan Sekat (Gabungan Seni Khat Action Team) minta peruntukan itu, peruntukan ini, jawatan itu, jawatan ini?

“Dia cuma minta maruah mereka sebagai rakyat Malaysia. Itu sahaja,” katanya dalam ucapan pada Kongres Jawi Kebangsaan di sini tengah hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: