Ibu bapa empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal direman

Laporan Sinar Harian pada Khamis lalu.
Laporan Sinar Harian pada Khamis lalu.
A
A
A

IPOH - Dua individu dipercayai ibu dan bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah, Khamis lepas direman bagi membantu siasatan.

Perintah reman ke atas kedua-dua tangkapan berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Parit sehingga Jumaat ini.

Tempoh tahanan reman terhadap suspek lelaki dibuat selama empat hari bermula Selasa manakala wanita berkenaan ditahan reman tiga hari bermula Rabu.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 33(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sewajarnya.

Kedua-dua mereka telah ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa selepas polis menerima laporan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 23 November lalu memaklumkan empat beradik bawah umur tersebut ditinggalkan tanpa penjagaan dan pengawasan.

Siasatan dijalankan mendapati, empat beradik terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bersama dua adik lelaki mereka masing-masing 3 tahun dan 10 bulan ditinggalkan seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang.

Artikel Berkaitan: