Kes bunuh diri menurun di Johor - Exco

Tian Soon ketika Sidang DUN Johor di Kota Iskandar pada Rabu.
Tian Soon ketika Sidang DUN Johor di Kota Iskandar pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 115 kes bunuh diri di Johor direkodkan pada tahun lalu sekali gus menunjukkan pengurangan 17.8 peratus berbanding 140 kes yang direkodkan pada 2021.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, golongan lelaki mencatatkan peratusan kes bunuh tertinggi iaitu 84.3 peratus atau 97 orang.

"Lebih kurang 67.8 peratus daripada kes bunuh diri tahun lalu melibatkan individu berusia antara 18 hingga 40 tahun.

"Rekod tahun lalu, menunjukkan penurunan, bagaimanapun statistik lima tahun sebelumnya iaitu bermula dari 2018 hingga 2021 menunjukkan peningkatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini pada Rabu.

Tian Soon (BN- Yong Peng) berkata demikian ketika menjawab soalan Amira Aisya Abd Aziz (Muda-Puteri Wangsa) berhubung tindakan diambil kerajaan negeri untuk mengatasi kes bunuh diri yang semakin meningkat dan usaha membantu mereka yang berisiko.

Tian Soon memberitahu, kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijalin untuk membina kesedaran pencegahan bunuh diri, pengesanan awal kes bunuh diri dan intervensi atau rawatan bersesuaian.

"Antara sebab utama yang dikenal pasti daripada laporan kes bunuh diri adalah melibatkan masalah berkaitan pasangan suami isteri, masalah penyakit kronik serta masalah mental atau kemurungan dan masalah kewangan.

Artikel Berkaitan:

"Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah merangka beberapa strategi bagi membantu masyarakat menangani isu kesihatan mental yang mudah-mudahan boleh mengurangkan tindakan bunuh diri termasuk pengesanan awal," ujarnya.