[VIDEO] Dewan rakyat kecoh gara-gara perkataan 'macai' dan 'celaka'

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan rakyat kecoh seketika gara-gara perkataan 'macai' dan 'celaka' ketika RSN Rayer (PH - Jelutong) membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023.

Kekecohan bermula apabila Rayer membandingkan pentadbiran di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan amalan hak asasi manusia yang dilaksanakan.

"Saya di sini bangun untuk menyokong undang-undang ini kerana kita boleh pastikan dengan undang-undang ini bahawa pelanggaran hak asasi manusia yang telah berlaku semasa pemerintahan Pagoh tidak berulang di masa akan datang.

"Pagoh ada tetapi beliau tidak akan berani untuk jawab," katanya.

Kenyataan Jelutong mengundang rasa tidak senang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden (Alor Setar) yang bangkit untuk bersuara.

Namun, Jelutong sekali lagi memanaskan keadaan apabila menggelar mereka sebagai 'macai'.

"Saya minta macai-macai semua duduk," katanya.

Besut kemudiannya pantas bersuara mengecam Jelutong.

**pullquote**

Artikel Berkaitan:

Kekecohan bermula apabila Rayer membandingkan pentadbiran di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan amalan hak asasi manusia yang dilaksanakan.
Kekecohan bermula apabila Rayer membandingkan pentadbiran di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan amalan hak asasi manusia yang dilaksanakan.

"Kurang ajar punya Jelutong...apa macai-macai...jangan jadi celaka," katanya.

Suasana menjadi lebih tegang apabila Jelutong meminta Besut menarik balik perkataan 'celaka' kerana melanggar peraturan Dewan Rakyat.

Besut bagaimanapun enggan menarik balik sebaliknya meminta Jelutong menarik balik perkataan 'macai' terlebih dahulu.

"Saya kata jangan jadi celaka..saya tak kata kamu celaka, saya kata jangan jadi celaka..saya tak kata awak celaka..ke awak rasa awak celaka?," kata Besut.

Jelutong terus mendesak agar Besut menarik balik perkataan tersebut.

"Tuan pengerusi itu merupakan pelanggaran peraturan tetap, saya minta beliau tarik balik perkataan ini, beliau telah ulang beberapa kali.

"Macai tak ada kurang sopan, macai tu anak buah. Saya tak halakan kepada beliau," katanya.

Susulan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong meminta Besut menarik balik perkataan yang digunakan.

Besut akhirnya akur dan menarik balik walaupun cuba mempertahankan perkataan 'jangan' yang digunakan sebelum perkataan 'celaka'.

"Adakah ini bermaksud semua perkataan tidak dibenarkan dalam Dewan boleh digunakan dengan perkataan jangan sebelum itu?," soal Alice.