Kuantan trending gara-gara 'pesanan terakhir' Kento Nanami

Kento Nanami ada menyebut dia ingin melawat Kuantan sebelum kematiannya.
Kento Nanami ada menyebut dia ingin melawat Kuantan sebelum kematiannya.
A
A
A

KUANTAN - Nama Kuantan trending di platform media sosial sejak beberapa hari lalu selepas nama bandar raya itu disebut dalam sebuah anime Jepun terkenal, Jujutsu Kaisen

Dalam episod ke-42 yang ditayangkan pada Jumaat lalu, watak dalam anime itu, Kento Nanami ada menyebut dia ingin melawat Kuantan di Malaysia iaitu pantai di Kuantan sebelum kematiannya.

Situasi tersebut turut menyebabkan warga Kuantan berbangga dan ada yang berkongsi keindahan pantai-pantai yang terdapat di ibu negeri Pahang itu di media sosial masing-masing.

Turut berbangga dengan situasi tersebut, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal yang memuat naik status dalam laman Facebook miliknya pada Selasa

"Sungguh membanggakan apabila Kuantan disebut dalam anime tersebut, Jujutsu Kaisen, melalui watak Kento Nanami yang merancang untuk pindah dan bina rumah tepi laut di Kuantan, Pahang.

"Kini Kuantan menjadi trending di media sosial buat para peminat anime Jepun ini!," ujar beliau lagi.

Fadzli Mohamad Kamal
Fadzli Mohamad Kamal

Beliau juga berharap situasi itu dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Kuantan selepas ini yang turut memiliki banyak tarikan lain.

Artikel Berkaitan:

"Dengan pengaruh anime ini yang memiliki peminat di seluruh dunia ia diharap dapat memperkenalkan lagi nama Malaysia secara am dan Kuantan khususnya," tambah Fadzli.

Setakat ini, peminat anime itu dengan pantas meneka pantai yang dimaksudkan Kento selain ada juga yang telah menandakan lokasi peringatan buat watak tersebut di Pantai Kempadang.