Gangguan KTM komuter Lembah Klang, ETS susulan gelinciran tren

Perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan ETS mengalami gangguan pada pagi Rabu. - Foto klsentral.info
Perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan ETS mengalami gangguan pada pagi Rabu. - Foto klsentral.info
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan pada pagi Rabu susulan insiden gelinciran tren kejuruteraan projek.

Menerusi kemas kini di Facebook KTM Berhad, berlaku kelewatan antara 15 hingga 20 minit dari Stesen KL Sentral ke Tanjong Malim dan KL Sentral ke Batu Caves serta perkhidmatan ETS.

Notis makluman kepada pengguna komuter Lembah Klang, ETS pada jajaran terlibat.
Notis makluman kepada pengguna komuter Lembah Klang, ETS pada jajaran terlibat.

Menurutnya, kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan insiden tersebut akan mengambil masa untuk dipulihkan.

"KTMB memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku. Perkembangan terkini akan kami laporkan dari semasa ke semasa, " menurut kemas kini tersebut pada pagi Rabu.

Artikel Berkaitan: