15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat

Pemandangan di sekitar ibu kota pada pukul 7 petang Sabtu mendung dan terjejas akibat situasi berjerebu. Foto Bernama
Pemandangan di sekitar ibu kota pada pukul 7 petang Sabtu mendung dan terjejas akibat situasi berjerebu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung kembali buruk.

15 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Setakat jam 6 pagi Ahad, Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Larkin (160) Nilai, Negeri Sembilan (160), Batu Muda, Kuala Lumpur (153).

Begitu juga di Rompin, Pahang turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada paras 102.

Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Pasir Gudang; Tangkak di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Cheras di Kuala Lumpur.

Sementara itu, 43 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala lapan yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya. - Awani

Artikel Berkaitan: